Saturday 27 February 2016

Minggu 2 - Data Communication

Bismillahirrahmanirrahim ..

Alhamdulillah. Minggu ini kami diperkenalkan tajuk 'Data Communication'. Rasanya semua orang tak asing lagi dengan tajuk ni sebab ni lebih kurang cam basic la tapi kursus ni kami belajar lebih mendalam lagi la.

Untuk pengetahuan , komunikasi data (data communication) ialah proses perubahan atau pemindahan maklumat dalam bentuk data digital. Terdapat dua (2) jenis signal dalam komunikasi data iaitu analog dan digital yang mempunyai peranan tersendiri.  Kami diperkenalkan dengan beberapa coding scheme , direction/flow of data transmission; simplex , half duplex , full duplex. Data transmission mode terbahagi kepada dua (2) iaitu parallel transmission dan serial transmission; synchronous transmission , asynchronous dan isochronous tansmission.

Alhamdulillah Dr. Nurasyikin punya penerangan memang jelas, tepat dan muktahir. :))
Setelah selesai penerangan oleh Dr. Nurasyikin , kami dikehendaki menyiapkan mind map untuk tajuk minggu ini. Ain rasa Dr. suruh siapkan mind map tu untuk menguatkan ingatan jangka panjang kami. Selesai mind map , kami diminta berada di dalam group masing-masing yang terdiri daripada 4 orang untuk sesi perbentangan. Sebelum tu , kami dikehendaki menyediakan beberapa slide berdasarkan tajuk yang dipilih oleh pensyarah . Kumpulan ain diberikan sub-topic data transmission mode iaitu isochronous transmission . Hambarrrrr . Sebab sorang pun tak tau isochronous transmission tu apa. Last last group ain punya presentation paling teruk :((' . Next presentation , inshaa Allah group ain nak perform elokelok.


#The purpose of education is to replace an empty mind with an open one.
mind map||data communication

No comments:

Post a Comment