Monday, 14 March 2016

Minggu 5 - I-PEINX 2016

Hai ;)) 

Em ,, minggu ni kami satu kelas kena pi Dewan Sultan Iskandar (DSI) sempena minggu Innovative Practices in Education and Industry Exhibition (I-PEINX) 2016. Kami dikehendaki melawat booth-booth yang terdapat di sana dan perlu menyediakan satu laporan lengkap mengenai booth yang kami pilih. Setiap seorang perlu memilih satu booth untuk menyiapkan laporan berkaitan projek yang telah dihasilkan oleh booth tersebut.

        Terdapat 100++ booth yang menyertai pameran tersebut. Pameran tersebut dibahagikan kepada 2 kategori: kategori pelajar master dan kategori pelajar sekolah. I-PEINX tersebut berlangsung pada 14 March 2016 selama satu hari sahaja. Pameran sebegini adalah bagus dalam membantu perkembangan minda anak-anak muda zaman sekarang. :))

         Saya telah memilih booth no.3 sebagai booth untuk saya menyelesaikan tugasan saya nanti. Booth no.3 ni macam rare ja, tu yang saya pilih tu. Keunikan booth ni adalah dia menggunakan teknologi sedia ada which is handphone. Pengguna hanya perlu meng'download' apps Aurasma. Dan pengguna perlu mendapatkan card yang telah dicipta oleh peserta I-PEINX tersebut. Actually, purposes projek ini adalah untuk membantu pengguna menggambarkan objek dalam bentuk 3D. ehh,, lupa nak cakap projek ni nama dia AREDKit: Augmented Reality Engineering Drawing Kit. Haa,, projek ni macam memudahkan pelajar yang mengambil subjek engineering drawing untuk berimaginasi.






No comments:

Post a Comment