Monday, 14 March 2016

Minggu 5 - I-PEINX 2016

Hai ;)) 

Em ,, minggu ni kami satu kelas kena pi Dewan Sultan Iskandar (DSI) sempena minggu Innovative Practices in Education and Industry Exhibition (I-PEINX) 2016. Kami dikehendaki melawat booth-booth yang terdapat di sana dan perlu menyediakan satu laporan lengkap mengenai booth yang kami pilih. Setiap seorang perlu memilih satu booth untuk menyiapkan laporan berkaitan projek yang telah dihasilkan oleh booth tersebut.

        Terdapat 100++ booth yang menyertai pameran tersebut. Pameran tersebut dibahagikan kepada 2 kategori: kategori pelajar master dan kategori pelajar sekolah. I-PEINX tersebut berlangsung pada 14 March 2016 selama satu hari sahaja. Pameran sebegini adalah bagus dalam membantu perkembangan minda anak-anak muda zaman sekarang. :))

         Saya telah memilih booth no.3 sebagai booth untuk saya menyelesaikan tugasan saya nanti. Booth no.3 ni macam rare ja, tu yang saya pilih tu. Keunikan booth ni adalah dia menggunakan teknologi sedia ada which is handphone. Pengguna hanya perlu meng'download' apps Aurasma. Dan pengguna perlu mendapatkan card yang telah dicipta oleh peserta I-PEINX tersebut. Actually, purposes projek ini adalah untuk membantu pengguna menggambarkan objek dalam bentuk 3D. ehh,, lupa nak cakap projek ni nama dia AREDKit: Augmented Reality Engineering Drawing Kit. Haa,, projek ni macam memudahkan pelajar yang mengambil subjek engineering drawing untuk berimaginasi.






Saturday, 12 March 2016

Minggu 4 - Connecting a Network


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dah masuk minggu keempat (4). Minggu ini kami akan berkenalan dengan satu lagi tajuk dalam Telecommunication and Networking which is Connecting a Network. Tapi sebelum tu, kami dikehendaki membentangkan hasil kerja kami mengenai network electronic devices. Kumpulan kami mengambil routers sebagai tajuk untuk dibentangkan. Kami juga menyediakan beberapa slide untuk memudahkan kefahaman rakan-rakan yang lain. 


Setelah selesai perbentangan mengenai network electronic devices yang terdiri dari :
1- bridges
2- routers
3- multiplexers
4- switches
5- hubs
6- gateways
7- front and processors

Kami meneruskan pembelajaran dengan connecting a network (Part 1) : Cabling and Hardware. Seterusnya kami dikehendaki menyiapkan tugasan berkumpulan. Tujuan Dr. Nurasyikin memberikan tugasan ini adalah untuk apply balik apa yang dah belajar tadi. 




# Be thankful for the bad things in life. For they open your eyes to the good things you weren't paying attention to before.
                                   


Sunday, 6 March 2016

Minggu 3 - Computer Networking

Assalamualaikum w.b.t


Topik pada minggu ini menarik hati juga iaitu Computer Networking. Dalam tajuk ini kita akan berkenalan dengan type of network, network component, network architecture serta network topology. 

Types of network:
a) Local Area Network (LAN)
b) Metropolitan Area Network (MAN)
c) Wide Area Network (WAN)
d) Personal Area Network (PAN)

optimus5.com


Network component:
a) Hots/End Nodes
b) Transmission Media
c) Network Electronic Devices 
d) Software/Application
e) Network Architecture Standards and Protocol





Network Architecture:
a) Client/Server network

b) Peer-to-peer network

shareaza.sourceforge.net


Network Topology:

a) Bus
b) Star
c) Ring
d) Tree
e) Mesh

www.conceptdraw.com


Lepas selesai penerangan dari Dr.Nurasyikin. Em em kami diminta mengaplikasikan jenis jenis network topology dalam penyusunan meja. Aktiviti ini dilakukan dengan rakan sebelah untuk memudahkan kefahaman masing-masing.  



Sebelum tamat kelas, kami diminta menyiapkan slide mengenai network electronic device. Minggu depan kena present kat kelas. 
Thank You.





#The great aim of education is not knowledge, but action.



Saturday, 27 February 2016

Minggu 2 - Data Communication

Bismillahirrahmanirrahim ..

Alhamdulillah. Minggu ini kami diperkenalkan tajuk 'Data Communication'. Rasanya semua orang tak asing lagi dengan tajuk ni sebab ni lebih kurang cam basic la tapi kursus ni kami belajar lebih mendalam lagi la.

Untuk pengetahuan , komunikasi data (data communication) ialah proses perubahan atau pemindahan maklumat dalam bentuk data digital. Terdapat dua (2) jenis signal dalam komunikasi data iaitu analog dan digital yang mempunyai peranan tersendiri.  Kami diperkenalkan dengan beberapa coding scheme , direction/flow of data transmission; simplex , half duplex , full duplex. Data transmission mode terbahagi kepada dua (2) iaitu parallel transmission dan serial transmission; synchronous transmission , asynchronous dan isochronous tansmission.

Alhamdulillah Dr. Nurasyikin punya penerangan memang jelas, tepat dan muktahir. :))
Setelah selesai penerangan oleh Dr. Nurasyikin , kami dikehendaki menyiapkan mind map untuk tajuk minggu ini. Ain rasa Dr. suruh siapkan mind map tu untuk menguatkan ingatan jangka panjang kami. Selesai mind map , kami diminta berada di dalam group masing-masing yang terdiri daripada 4 orang untuk sesi perbentangan. Sebelum tu , kami dikehendaki menyediakan beberapa slide berdasarkan tajuk yang dipilih oleh pensyarah . Kumpulan ain diberikan sub-topic data transmission mode iaitu isochronous transmission . Hambarrrrr . Sebab sorang pun tak tau isochronous transmission tu apa. Last last group ain punya presentation paling teruk :((' . Next presentation , inshaa Allah group ain nak perform elokelok.


#The purpose of education is to replace an empty mind with an open one.
mind map||data communication

Friday, 26 February 2016

Kita kenal kenal dulu ea :)

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam UTM sanjungan bangsa .Selamat datang ke blog ini, semoga dapat memberi atau beroleh sedikit sebanyak ilmu hasil dari penulisan blog ini. Emm,, nervous ni sebab first time buat blog.Okay okay, kita berkenalan dulu ehh ,,


Nama : Ain Nabilla binti Mohd Ayob

Asal : Kedah
Lulusan : Kolej Matrikulasi Kedah

Dan syukur alhamdullilah sekarang tengah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Penulisan blog ini adalah bertujuan sebagai tugasan atau assignment individu untuk kursus SPPM1013-05 - Komunikasi dan Rangkaian. Kursus ini dibimbing oleh Dr Nurasyikin binti Mohd Zaid dan Tuan Haji Johari Hassan.